Sabtu, 10 November 2012

SEJARAH PENDIDIKAN


SejarahPendidikanSebelumPenjajahan
  1. Sistem pendidikan adalah berasaskan sistem pondok yang diadakan di madrasah dan di sekolah-sekolah agama.
  2. Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 7920-an hingga 1940-an. Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit Mertajam Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang.
  3. Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah pondok, iaitu dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan peralatan (kerusi meja).
  4. Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bennoral tinggi.
  5. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Sekolah Vernakular
  1. Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah.
  2. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.
  3. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  4. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
  5. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu:
    1. Pagi
a.       Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam
b.      dan mata pelajaran vokasional
                        Petang
 .        Bahasa Arab
a.       dan al-Qur'an
                        Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, yaitu
                        MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan
                        MPPM di Melaka pada tahun 1935.
                        Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan.
                        Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari Negara China.
                        Contoh sekolah vernalular Cina ialah
                        SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan
                        SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.
                        Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di Melaka, Pulau Pinang dart Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan.
                        Sekolah vernakular'I'amil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart India. Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.
                        Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta huruf.
                        Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dart menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
                        Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 ) merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang mendapat pendidikan di Eropah.
B.Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British
  1. Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan:
    1. Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum.
    2. Kurikuium sekolah berbeza.
    3. Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah.
    4. Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa pengantarnya ialah bahasa Mandarin.
  2. Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan tentang status dan keadaan pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat diambil.
  3. Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam.
  4. Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris mula diperkenalkan. Contohnya,
                                i.            King Edward VII, Taiping di Perak dan
                              ii.            Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.

                        Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu. Sekolah vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan buruh.
                        A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak sekolah Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk pelajaran biasa
dari sesi petang untuk pembelajaran agama.
                        Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-sekolah
ini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan peniaga. Sekolah-sekolah Cina ini berkembang pesat dan diteruskan ke peringkat sekolah menengah.
                        Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula mendapat bantuan dari Negara China dan telah menggunakan bahasa "Kuo Yue" : Mulai tahuu 1920-an, sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama ada untuk mendapat bantuan dari Negara China atau kerajaan tempatan.
                        Sekolah-sekolah tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan dalam sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-an. Sekolah Tamil telah diadakan untuk majikan estet dan hanya di peringkat sekolah rendah sahaja.
                        Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun 1923 clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah Tamil diberi kemudahan mengajar kepada anak-anak pekerja buruh.
                        Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan oleh mubaligh Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira ras dan agama. Sistem pendidikan ini sejak awal lagi telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi meningkatkan persaingan hebat di kalangan semua kaum.
                        Sejak pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang digunakan adalah `monitoral system' di mana guru-guru dibawa dari England clan kos perbelanjaan untuk tujuan ini kian meningkat. Justeru, Jawatankuasa Wooley pada tahun 1870-an telah membuat penelitian dan mencadangkan agar alternatit lain diperoleh clan hasil daripada laporan ini, maka sistem "bekerja sambil belajar" telah diperkenalkan.
                        Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan profesional. Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an, dua buah institusi tempatan diwujud untuk menyediakan latihan perguruan. Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan (1935) untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
                        Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam bidang pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah dan kolej berfungsi kembali setelah proses membaiki bangunan dan melengkapkan kemudahan serta peralatan sekolah siap selepas tahun 1946.


2.Sejarah Kurikulum Indonesia
Sejarah kurikulum pendidikan di Indonesia sering mengalami perubahansetiap ada pergantian Menteri Pendidikan, sehingga mutu pendidikanIndonesia hingga kini belum memenuhi standar mutu yang jelas dan mantap.Dalam perjalanan sejarah sejak tahun 1945, kurikulum pendidikan nasionaltelah mengalami perubahan, yaitu pada tahun 1947, 1952, 1964, 1968, 1975,1984, 1994, 2004, dan 2006. (http://www.gamalielschool.org/index.php?option=com_content&view=artice&id=28:evolusi-kurikulum- pendidikanindonesia&catid=3:kurikulum&Itemid =11). Perubahan tersebutmerupakan konsekuensi logis dari terjadinya perubahan sistem politik, sosial budaya, ekonomi, dan iptek dalam masyarakat berbangsa dan bernegara.Sebab kurikulum sebagai seperangkat rencana pendidikan perludikembangkan secara dinamis sesuai dengan tuntutan dan perubahan yangterjadi di masyarakat.
 
 
3. SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.
A.KUTTAB
Tempat-tempat belajar sebelum sekolah didirikan ( sebelum Islam ) ialah di rumah guru, di bawah pokok, gua-gua dan tempat sembahyang.Tempat belajar ini di panggil Kuttab iaitu tempat belajar pelajaran rendah asas seperti mengajar membaca dan menulis huruf-huruf Arab.Orang Makkah yang mula-mula sekali belajar di Kuttab ini ialah Sufian bin Umaiyah bin Abdi Syam dan Abi Qais bin Abdul Manaf . Mereka ini belajar sehingga Islam datang iaitu semasa Nabi menerima wahyu dan sepanjang waktu tersebut ( tahun 571-600 ) hanya 17 orang sahaja yang pandai menulis dan membaca . Di antara mereka ialah Muawiyah bin Abi Sufian, Zaid bin Harithah, Othman bin Affan dan Zaid bin Thabit.
Rasulallah s.a.w. menerima wahyu melalui malaikat Jibril , seorang Nabi yang tidak pandai membaca dan menulis hanya menghafal wahyu yang diturunkan kemudian di ajarkannya. Sepanjang ayat Al Quran turun selama 23 tahun, orang-orang yang pandai membaca dan menulis itu berada di samping nabi untuk mencatit surah-surah tersebut dan juga mengajar orang lain membaca dan menulis dengan menjadikan ayat Al Quran sebagai buku teks mereka.
Setelah agama Islam berkembang maka Kuttab tempat belajar Al Quran dan pokok-pokok agama Islam diwujudkan, iaitu di akhir abad pertama dan permulaan abad kedua Hijrah. Khusus untuk mengajar Al Quran, fiqeh Islam dan ilmu-ilmu Al Quran.
Kuttab yang masyhur ialah kuttab Abul Qasim AlBalkhi, jumlah murid yang belajar disana ialah 3000 orang. Sewaktu mengajar , dia terpaksa menunggang keldai mundar mandir mengawasi murid-muridnya. Abad kedua Hijrah dan seterusnya bertambah pesat pertumbuhan kuttab dan guru-guru Al Quran sehingga setiap kampung mesti ada sebuah kuttab atau lebih. Kebanyakkan pelajaran-pelajaran yang diajarkan di kuttab-kuttab ini ialah Al Quran, cerita-cerita orang-orang soleh dan orang-orang Ahlul bait juga hukum-hukum Islam, hadith, tafsir dan tauhid. Di Afrika Utara anak-anak perempuan diwajibkan menghafaz surah An Nur.
Guru-guru yang masyhur yang mengajar Al Quran dan pokok-pokok agama Islam di kuttab-kuttab ialah AdDhahaak bin Muzahim tahun 105 Hijrah, Al Kumaits bin Zaid tahun 126 Hijrah dan Abdul Hamid bin Al Katib tahun 132 Hijrah. Mereka ini memulakan kerjaya sebagai guru biasa mengajar Al Quran dan syair-syair, kemudian dinaikkan pangkat oleh sultan atau khalifah ke darjat yang paling tinggi. Ini menunjukkan bahawa pemerintah Islam dahulu sangat sukakan ilmu pengetahuan terutama dalam bidang ilmu kesusasteraan.
B.PENDIDIKAN RENDAH DI ISTANA-ISTANA.
Sisitem pendidikan ini dimulakan oleh khalifah Abdul Malik bin Marwan dan khalifah Al Walid bin Abdul Malik. Mereka berdua ini telah memanggil guru untuk mengajar putra-putra mereka di istana. Guru yang mengajar ialah Al Hajjaz bin Yusuf As Saqafi.
Pendidikan rendah di istana ini lebih luas daripada pendidikan di kuttab di mana sukatan pelajaran atau rancangan pelajaran disusun atau dirancang sendiri oleh orang tua murid-murid. Mereka juga ikut membantu guru yang mengajar membuat rancangan pelajaran . Tujuannya supaya selaras diantara pelajaran dengan taraf pemikiran anak-anak mereka.Guru yang mengajar di istana dipanggil mu`adib. Perkatan mu`adib berasal dari perkataan adab yang bererti budi pekerti dan juga bererti meriwayatkan. Mereka dipanggil mu`adib kerana berperanan mendidik budi pekerti putra-putra raja dan meriwayatkan kisah-kisah orang-orang bijak pandai dahulu kala. Mereka ini akan belajar hingga dewasa dan supaya menyambung pelajaran ke sekolah-sekolah atau masjid-masjid.
C.MASJID.
Fungsi masjid menurut fahaman kaum muslimin dimasa permulaan Islam adalah amat luas. Mereka telah menjadikan masjid itu untuk tempat beribadat, tempat pengadilan, tempat tentera memberi pelajaran, tempat tentera berkumpul dan tempat menerima duta-duta dari luar negeri. Oleh kerana itu mereka segera mendirikan masjid-masjid untuk tujuan seperti diatas, terutama untuk menampung keramaian penuntut. Mereka menamakan masjid `Baitullah’ kerana dalam nama itu terkandung suatu pengertian iaitu untuk memasuki masjid itu tidak perlu meminta izin terlebih dahulu kerana ia adalah `rumah Allah’.
Masjid yang mula-mula sekali didirikan sesudah Islam ialah masjid Quba , selain digunakan untuk bersembahyang masjid ini digunakan untuk tempat belajar dan disini juga nabi mengajar sahabat-sahabat baginda tentang urusan –urusan agama dan urusan dunia. Sesudah itu banyaklah masjid-masjid didirikan dan diceritakan bahawa di abad ketiga Hijrah kota Baghdad dipenuhi dengan 30,000 buah masjid.
Di antara masjid-masjid yang masyhur dalam Islam ialah Jamek Al Mansur didirikan oleh khalifah Al Mansur pada tahun 145 Hijrah, Masjid Damascus di Syria dibina oleh khalifah Al Walid, Jamek Amru di Mesir dibangunkan oleh Amru bin Al As pada tahun 21 Hijrah.
D.SEKOLAH-SEKOLAH.
Pelajaran-pelajaran Islam makin lama makin bertambah menarik minat orang ramai dan bertambah pula jumlah penuntutnya datang belajar ke masjid-masjid.
Keadaan ini sekiranya dibiarkan akan bertambah sempitlah ruangan masjid dan guru-guru yang mengajar dengan suara yang nyaring sedikit sebanyak akan menganggu orang-orang yang sedang beribadat. Demikian juga dengan pelajaran-pelajaran dimana telah banyak dan sedang mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Ada diantara matapelajaran itu berbentuk soaljawab, perdebatan, perbahasan dan perbincangan. Kaedah ini tidak sesuai dijalankan dimasjid-masjid tempat orang-orang beribadat. Menyedari hakikat ini maka didirikanlah sekolah-sekolah untuk mengajar secara formal dan memberi peluang kepada orang yang bekerja sebagai guru sepenuh masa untukmengajar disekolah-sekolah dengan pendapatan tetap sebab paling utama sekolah didirikan selain yang tersebut tadi ialah untuk mnegajar umat Islam mengenai ajaran Islam yang sebenarnya, dan untuk menghapuskan fahaman syiah yang disebarkan oleh kaum Bani Buwaih dan kaum Fatimiyyin. Ajaran syiah ini tersebar luas sekitar negeri Iraq, Syria dan Mesir. Usaha mendirikan sekolah ini dilakukan oleh kaum Saljuk dan Ayubiyyin. Mereka ini menganut mazhab Ahli Sunnah. Tujuannya ialah untuk mensucikan jiwa orang Islam dari kepercayaan-kepercayaan syiah disamping itu untuk memberi ilmu pengetahuan yang sempurna kepada umat Islam.
Orang yang mula-mula mendirikan sekolah didunia Islam ialah seorang perdana menteri Bani Saljuk bernama Nizamul Muluk. Sekolah yang didirikan diberi nama Nizamiyyah Baghdad siap pada tahun 1459 Hijrah letaknya dipinggir sungai Tigris.
Setelah berakhir pemerintahan bani Saljuk, muncul seorang pahlawan Islam sekitar tahun 560 Hijrah bernama Nurruddin Zunky menyambung usaha Nizamul Muluk memajukan ilmu pengetahun dengan mendirikan sekolah di Damsyik dan seluruh kota Syria. Sekolah yang paling masyhur pada masa itu ialah sekolah An Nurriyyah Al Kubra dibina dlam tahun 563 Hijrah .

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar